Salam semua..nampaknya ketagihan aku dalam berblog memang tak dapat dibendung lagi.Secara rasminya semalam aku telah membuat satu lagi blog iaitu Malaysia Archery yang mana blog ini adalah untuk mereka yang mengenali dengan lebih mendalam lagi dalam sukan Memanah di Malaysia.
Tidak terhad bagi mereka yang ingin belajar, malah bagi yang pernah cuba dan ingin tahu dengan lebih dalam lagi, lagi la bagus.Saya juga akan cuba kumpulkan profile beberapa pemanah Malaysia yang akan beraksi di Olympic nanti iaitu di Beijing, China.
Saya juga akan menunjukkan basic dalam memanah yang mana akan ditunjukkan juga bagaimana anda boleh memanah dengan teknik yang bakal ditunjukkan nanti.Jika permintaan tinggi saya akan mengeluarkan manual dan juga pelbagai gambar aktiviti yang berlaku sekitar pertandingan dan juga perkara yang berlaku di luar Malaysia dalam sukan memanah.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply