
Berikut merupakan petikan berita yang saya baca dari Bernama :
IPOH 9 Mac — PaS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak telah mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang mengesahkan kepada Bernama bahawa persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara pemimpin ketiga-tiga parti yang diadakan awal pagi ini.
“Persetujuan itu dibuat atas semangat kerjasama ketiga-tiga parti yang mahu menubuhkan kerajaan campuran di Perak,” katanya ketika dihubungi hari ini berhubung pemilihan calon bagi jawatan Menteri Besar Perak.
Beliau berkata upacara mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan sebaik mendapat perkenan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Pada pilihan raya umum semalam, Pas menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN.
Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi. - Bernama
Nampaknya ramai yang sudah jelas sekarang dimana Perak akan ditadbir oleh pemimpin BA dan bukan lagi Barisan Nasional..Para pemimpin semuanya terdiam dan juga bingung mengapa kejadian seperti ini terjadi.Tetapi apa yang telah diketahui..rakyat bukannya mudah diperdaya lagi..pengundi semakin bijak menentukan kerajaan manakah pilihan mereka.
4 Responses
zool
March 10th, 2008 at 9:04 am
1Baguslah MB Perak dipegang oleh PAS….
reezluv
March 10th, 2008 at 10:12 pm
2mudah-mudahan..:D
Fai
March 11th, 2008 at 11:30 am
3Err.. Bukan still undecided ke?
Walau apapun, baguslah org Melayu Islam memerintah kat sana. PRU 13 nanti saya nak lawan Rafidah Aziz kat Parlimen Kuala Kangsar..
reezluv
March 12th, 2008 at 10:39 pm
4ha..nak jadi ahli politik plak Fai?wa..makin rancak nampaknya…hehe..tapi jadi BA lah ye?ke Parti Bebas..cuba kalau ade Parti Blogger Malaysia…heheh..mesti ramai..keh3..
dah confirm wakil PAS jadi MB..tapi macam tak dapat restu dari DAP sepenuhnya..boleh baca di url dibawah
http://www.malaysiakini.com/news/79729
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Blogroll
Recent Comments
Recent Posts
Pages
Tags
10 anak muda paling popular 10 sebab untuk blog ahli politik alleycat Archery blog blogger daftar dato ishak baharom demonstrasi ebook percuma paypal filem lawak filem terkini free Jutawan Muda kala malam bulan mengambang keahlian eksklusif lirik lagu suara kekasih loloq macbook air majalah IM mamat khalid MB perak baru memanah memanah malaysia menteri besar perak panduan daftar paypal parti baru parti blogger PAS paypal personal pilihanraya rosyam nor sayang seminar suara kekasih superhero superman superpower tag tagging wc300 world thinnest laptopCategories
Meta
RSS FEED - Dapatkan blog percuma - BloggingPro theme by: Design Disease