Topikni bukan sesaje je aku nak buat tapi sebab aku ditag oleh Rajablog kita iaitu Ramz yang kat UTP tu..hheehe..sampai 8 die nak tau tu..banyak gak rasanya..Pernah gak aku tulih perkara ni kat blog ni jugak..tapi tak la sampai 8..anyway..aku akan cuba juga menjawab tag nya itu..dan siapa yang akan aku tag?hehe..tunggu……

 

Perkara 1:Aku Adalah Pelajar Multimedia

Kalau sesape yang taktau apa status aku skang ni..aku masih seorang student yang belajar dis alah sebuah kolej swasta kat Ipoh dalam bidang Multimedia..kenapa aku choose bidang ni..pada asalnya aku minat dalam bidang IT..kemudian minat tu ade la sesikit dalam bidang grafik.Terpengaruh filem barat punya pasal la neh..tgk effect-effect dalam filem..so disebabkan aku banyak baca majalah-majalah..tgk hasil karya pereka grafik..memang aku kagum..tapi kelemahan aku satu je..tak terer dalam lukisan..hampeh je kalau aku lukis pakai tangan, tambah-tambah gambar orang..kalau takat objek geometri tu boleh la lagi..

 

Aku lebih minat ke arah web design dan sekarang aku cuba latih diri aku memahami dengan lebih mendalam apa itu ASP,PHP,CSS,XHTML dan banyak lagi la yang berkenaan web design yang aku rasa aku masih lagi kerdil dalam arena tu jika dibandingkan dengan rakan-rakan designer yang lain seperti Farizal yang dah otai dalam bidang Multimedia:) So buat masa ni aku cuma lebih minat ke arah design untuk web graphic seperti banner,header, footer,ecover dan sebagainya..kalau nak tempah jangan lupa emailkan.:)

 

Perkara 2:Dua Tahun Mengenali Perniagaan Internet

 Aku mula mengenali dunia sebenar perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu dan kini barulah aku sedar apa itu perniagaan internet yang sebenar..Kalau dulu memang aku pernah terpengaruh dengan skim derma menderma tu..konon kalau derma RM4 dapat la beribu-ribu duit masuk dalam akaun..hampir RM200 aku hangus sebab nak fotostat punya pasal dan kirim spam kat orang dengan skim macam tu.

 

Aku tak putus asa dan cuba cari di internet..aku plak dikenalkan dengan sistem MLM internet..pada ketika itu aku mula kenal dengan referral site dan juga Pay per Read.Konon dapat duit bile baca banyak email dan juga Pay per View..konon dapat la..tapi menghanguskan duit aku kat Cyber cafe je masa tu..duit pulangan tak dapat.

 

Perkara 3 : Memanah Aku Punya Games

Sudah 3 tahun aku tinggalkan games ni..tentu ramai tak percaya kan aku ni atlet memanah.Erm..pernah mewakili SUKMA Perak ke Sabah 2002.Tournament  last aku di Alor Star pada tahun 2005 iaitu Kejohanan Memanah Kebangsaan Jemputan Antarabangsa dan johan sebelumnya adalah team Malaysia.Tapi masa game tu team Malaysia tak datang coz aku game kat Turki rasanya..so memang nasib kami, menang pada pusingan Olympic..dan layak menerima trofi besau gile..hehe..

 

Perkara 4:Jarang YM

Bagi sesapa yang rasa nak YM atau nak kontek aku melalui YM memang la susah.Coz jarang gile aku bukak YM..Tapi kalau internet aku ade kat umah nanti mungkin aku akan selalu YM..hehe..sori la bagi sesape yang nak bersembang melalui YM tak dapat.

 

Perkara 5: Aku tak suka PENIPU!

Sape la yang suka kan?Tapi inilah yang paling aku tak suka..penipu dan biasanya aku senang je nak kenal orang camni..tak kira la penipu tu kat internet ke ape ke.Bila sudah terkena sekali..maka susah la nak percaya kat orang tu kan.Dah banyak kali dah kena tipu..ngan perempuan,lelaki..semuanya sama je..(macam ade elemen frust je kan?hehe)

 

Perkara 6 : 3-5 Jam Online

Biasanya kalau aku ade sen lebih nak pegi CC aku akan spend time dalam maksimum 5 jam hanya untuk online dan buat memacam perkara..seperti posting di blog,forum, dan juga tak lupa upload video ke Youtube.Selalunya video tutorial je..untuk blog ReezluvDesign .So bagi sesape yang nak belajar mengenai Flash dan juga Photoshop dan juga Illustrator..boleh la datang ke blog aku tu..hehe

 

Perkara 7:Suka Pada Lagu-Lagu Alleycats

Kalau korang nak kata aku kolot ke ape ke ikut suka la..tapi memang aku minat gile dengan semua lagu Alleycats seperti Suara Kekasih,Hingga Akhir Nanti,Sampaikan Salam dan banyak lagi la yang aku rasa banyak sangat kalau nak list kan..hehe.

 

Perkara 8:Target 2008

Target 2008 aku adalah nak cuba dapatkan earning dari Ebay pulak.Walaupun aku dapat sikit sekali pun..asalkan aku berjaya menjual di Ebay..itu pun sudah memadai..:)Tidak lupa juga aku akan membeli domain dan juga hosting baru untuk aku setup my new website dan ianya ade kena mengena dengan service design-design neh..so tunggu je la..mungkin dalam bulan April..:)

 

Antara kekawan yang aku nak tag adalah Noorizam,Amanz,Afham,Sham, Azman Zainal