Kali ni aku nak buat review lagi tentang sebuah majalah yang rasanya mendapat banyak sambutan dikalangan IM-IM(internet marketer) Malaysia yang banyak bertaburan di forum-forum seperti Wangcyber,Carigold serta banyak lagi forum yang rasanya banyak dah Team Flarebiz ni duk promote.

Aku pun turut tidak ketinggalan nak download Majalah ni yang dalam bentuk pdf.Secara tak langsung Team Flarebiz ni berjaya mengumpul list untuk next projek depa..hehe..bijak sungguh.:)So aku nak buat review la ni setelah diminta oleh salah sorang dari Team Flarebiz iaitu Labanon yang baru je abis SPM dan isu kontroversinya di blog Liewcf yang cukup hangat mengenai Labanon yang dapat 10K sebulan tu..kalau nak baca pegi la kat link yang aku kasi tu..:)

Majalah ni apa yang aku dapat katakan..memang best nak baca bagi mereka yang serius dengan dunia perniagaan internet kerana didalamnya..terdapat artikel yang ditulis oleh Internet Marketer yang telah berjaya buat ribuan ringgit sebulan dan juga telah established seperti Alang(directory),Syed(Adsense),Galadriel(Membership site),Zamri Nanyan(Internet MLM) serta ramai lagi yang tak dapat saya cakapkan disini.

Kandungan yang meliputi tips-tips hangat dan juga info yang berguna seperti tutorial PHP yang dikendalikan oleh Mdpai begitu berguna sekali untuk para internet marketer yang masih baru dalam dunia bisnes internet.Cuma biasa la kalau first time ni..banyak la kelemahan yang ketara dapat dilihat…biasa la kan..cuma memang isi kandungannya cukup berguna untuk pembaca yang ingin mengenali dunia perniagaan internet.

Jadi apa tunggu lagi..dapatkanlah Majalah IM ini dengan segera dan baca serta cuba fahami isinya dan anda akan faham akan seriusnya segelintir rakyat Malaysia yang ingin mengubah pemikiran rakyat yang telah diracun oleh virus scam pelaburan dan sebagainya.Dapatkan Majalah IM tersebut di MajalahIM.com