Sudah tentu ramai yang sudah mengetahui akan berita yang menimpa industri seni tanah air yang telah kehilangan sebuah permata yang amat berharga bagi mereka.Bagi mereka yang amat mengenali beliau seperti M.Nasir,Hattan,Amy dan ramai lagi, sudah tentu amat merasakan pemergian beliau satu kehilangan..kehilangan kawan,teman dan juga rakan seperjuangan dalam dunia seni khasnya.
Alfatihah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan rasanya lirik ciptaan beliau memang banyak yang menjadi hit.Begitu juga dengan AJL baru-baru ini yang memuatkan lirik ciptaan beliau bersama rakan baiknya iaitu M.Nasir yang melangkah ke final AJL.Namun apakan daya, pemergian beliau adalah satu ketentuan yang tidak dapat dihalang lagi…
PETALING JAYA: Penulis lirik dan pelakon, Rosli Khamis atau Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini, selepas koma sejak dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu. Loloq menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.37 tengah hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. Loloq, 50, dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu, akibat pendarahan otak selepas pengsan secara tiba-tiba di kediamannya. Sejak itu, Allahyarham tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Malah, pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya, Isnin lalu, tidak banyak membantu. Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri Allahyarham, Hariyah Yaacob, 36, berada di sisinya. Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10; Jaevn Nur, 7 dan Yasha Nur, 5. Hariyah yang enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian suaminya berkata, Loloq meninggal dunia kerana pendarahan di otaknya. “Selepas pembedahan, keadaan arwah stabil. Namun menurut doktor, disebabkan karbon dioksida terlalu banyak di dalam paru-parunya memberi kesan kepada seluruh sistem badan arwah,” kata Hariyah. Jenazah Allahyarham dimandi dan dikapankan di Surau Al Ikhwan, Bandar Baru Sungai Buloh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Buloh selepas solat Asar. Antara rakan artis yang hadir ialah Pengerusi Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), Habsah Hassan; Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi), Datuk Aziz Bakar; Presiden Karyawan, Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid, Datuk A Rahman Hassan, Amy Search, Joe Wings, Hattan dan Ramli MS. Loloq yang terkenal sebagai seorang penulis lirik menghasilkan lebih 1,000 lirik. Antaranya yang popular ialah Apokalips, Keroncong Nostradamus, Awan Yang Terpilu, Nur Nilam Sari, Aduh Saliha, terbaru Angan dan Sedar dan Sembunyi. Allahyarham juga pernah berlakon dan banyak membintangi filem di bawah arahan Mamat Khalid iaitu Lang Buana, Man Laksa, Rock dan Zombie Kampung Pisang selain pernah menulis dua skrip filem iaitu Orang Minyak dan Aduh Saliha. Sahabat baik Allahyarham, M Nasir menyifatkan pemergian Loloq sebagai kehilangan besar buatnya. “Saya ada ramai kawan tetapi tidak ada yang sepertinya. Saya terkilan kerana tidak dapat menghabiskan masa dengan arwah kerana dia tidak sedarkan diri. Kali terakhir saya bertemu dengannya kira-kira tiga minggu lalu,” kata M Nasir, satu-satunya teman rapat Allahyarham yang dibenarkan masuk ke bilik ICU.
Sumber:www.bharian.com.my
Di samping itu juga kita juga kehilangan seorang tokoh besar negara yang banyak menyumbang kepada syiar Islam negara kita iaitu Dato Ishak Baharom yang meninggal dunia pada hari yang sama dengan Loloq Al Fatihah diucapkan kepada keluarga Allahyarham
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.
Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.
One Response
titan
February 3rd, 2008 at 3:48 pm
1Loloq..lagumu sentiasa bermain di corong2 radio dan playlist aku di PC ini..:(
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply