
Salam semua..Tentu ramai yang mengenali aktor terkenal ini bukan?Sebut je Rosyam Nor korang mesti terbayang memacam filem lakonan beliau seperti KL Menjerit,Laila Isabella dan banyak lagi..tak cukup dengan itu korang mesti pernah tgk iklan Power Root..aha..salah seorang duta PowerRoot..post ni bukanlah aku nak cerita bukan-bukan mengenai aktor terkenal ni..cuma rasanya aku nak kasi review sikit movie yang aku baru je tengok 3 hari yang lepas.Movie yang dikatakan adalah Kala Malam Bulan Mengambang yang aku rasa pelik kenapa tak ramai orang tengok masa aku tgk hari tu.Leh katakan tak sampai separuh pun yang datang tgk pada masa tu..selalu bila malam je..cinema agak penuh gak la..cerita ni pun cerita baru..boleh dikira dengan jari la berapa orang yang datang tgk malam tu..lebih kurang 10 orang je yang datang.
Apa pun takziah diucapkan kepada keluarga pelakon ini yang mana beliau telah kehilangan ayah yang disayangi yang telah pulang ke Rahmatullah…Al Fatihah..semoga rohnya berada dikalangan orang yang beriman.
Ok..untuk review movie ini cuba kita lihat sedikit petikan akhbar dari Utusan mengenai filem ini yang diarahkan oleh Mamat Khalid :
MAMAT Khalid mengkategorikan filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) ini sebagai filem “neo-noir” atau noir baru. Istilah filem noir adalah merujuk kepada sejenis filem-filem Hollywood yang dihasilkan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an.
Untuk menentukan yang KMBM sebuah filem dalam genre noir maka ia perlu dilihat pada aspek naratif dan stail visual serta elemen bunyinya.
Noir sebagai satu genre mula dibincangkan oleh pengkritik filem dari yang menulis dalam jurnal filem Cahiers du Cinema terutamanya oleh Nino Frank. Istilah noir merujuk kepada istilah hitam atau gelap (bahasa Perancis) tetapi dalam filem ia memberikan simbol dan perlambangan makna tertentu.
Umumnya, filem noir merujuk kepada identifikasi beberapa perwatakan tertentu. Filem dalam genre ini menekankan kepada elemen jenayah, kekerasan, kematian dan ia tertumpu kepada watak sado-masochistic yang dibayangi oleh elemen erotisisme tetapi dia sendiri rapuh, gelisah dan berasa terancam. Suasana yang bercanggah, tidak selamat dan motif yang kompleks memberikan mood dan kesan suram pada filem noir. Asalnya filem genre ini cuba mendedahkan sisi gelap masyarakat Amerika kesan semasa perang dan selepas perang dunia kedua. Ketakutan, terpinggir dan kekacauan psikologi akhirnya berubah menjadi paranoid. Plot akan mengetengahkan watak-watak yang mempunyai beberapa motif (double crossing) yang sering meragukan, yang terperangkap dengan suasana, tetapi watak-watak ini juga secara psikologi mempunyai latar silam yang mempengaruhi hidup mereka dalam ketakutan.
Selain teknik pencahayaan, aspek bunyi dan muzik yang khusus (seringnya menampilkan semula kesan muzik filem Hollywood 40-an & 50-an) penting bukan sahaja untuk memberikan mood, tetapi untuk menekankan plot dan psikologi watak.
Dalam KMBM, Mamat Khalid mengekalkan ciri-ciri yang mengangkat genre noir ini. Salleh Mat Piah (Rosyam Nor) seorang bekas wartawan yang terdampar di pekan kecil Senduduk Rimbun berhadapan dengan individu-individu yang mempunyai perwatakan yang kabur. Dia bertemu Jongkidin (Farid Kamil), si mekanik yang kemudian menghilangkan diri dari kampung itu dan adiknya, Cik Putih (Umie Aida) yang menaruh hati kepada Salleh tetapi pada masa yang sama menanggung sumpahan keturunan. Salleh juga berdepan dengan Doreen Chua (Corrine Adrinne), wanita Cina yang seksi tetapi mempunyai motif tertentu dan Cik Rogayah (Avaa Vanja), penyanyi kelab di pekan tersebut. Wanita-wanita femme-fatale yang menggoda dan mempunyai aura seksual seperti ada ciri penting dalam filem noir yang mendampingi watak hero tetapi berbahaya dengan motif yang tersembunyi.
Salleh sendiri adalah watak tipikal filem noir yang rapuh kerana kecewa kehilangan kerja sebagai wartawan, tetapi pengalaman wartawannya itu memberinya kecenderungan untuk menyiasat misteri watak-watak dan setiap kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Selain daripada penggunaan elemen muzik dan bunyi yang khusus memaparkan zaman dan mood saspens, penggunaan voice-over (suara latar) watak Salleh bertujuan untuk memaparkan emosi, fikiran dan mentalnya yang perlu berhati-hati dan rasa mahu tahu yang tinggi dalam menjejak setiap misteri dan situasi yang berlaku.
Penekanan elemen kekurangan dan kerapuhan watak-wataknya menjadikan KMBM sebuah melodrama psikologi yang berbaur drama aksi cemas (thriller) psikologikal. KMBM sebagai sebuah filem noir cuba menyalurkan motif dan ideologi serta kritikan sosial yang mendasari watak dan naratifnya. Sungguhpun filem noir lazimnya menekankan aspek thriller dan sinisme, tetapi KMBM turut memasukkan unsur komedi dan seram.
Elemen seram melalui penjelmaan watak jembalang (Cik Putih) dan harimau jadian (Jongkidin) bukan asing dalam genre noir kerana dalam filem The Cat People ia bukan sahaja menampilkan reaksi mental tetapi juga aspek transformasi watak.
Berbanding filem Buai Laju-laju arahan U-Wei Hj. Saari sebuah lagi filem noir tempatan yang menarik naratifnya, KMBM agak kasar dan terlalu banyak yang hendak dimasukkan dalam naratifnya. Namun KMBM tetap sebuah hasil yang menarik dan gambaran keberanian Mamat Khalid dalam berkarya dan mengekalkan stail filemnya.
- Filem: Kala Malam Bulan Mengambang
- Arahan: Mamat Khalid
- Lakon layar: Mamat Khalid
- Pelakon: Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil, Sofi Jikan, Avaa Vanja, Bront Palarae, Corrine Adrienne, Kuswadinata dan David Teo.
Sumber:http://utusan.com.my
Pelbagai adegan dan aksi lucu yang korang akan tengok dan rasanya korang akan puas gelak kalau tengok filem ini.Lakonan yang begitu menjadi oleh David Teo yang jadi Taukeh Rumah Tumpangan dan juga lakonan ala-ala wartawan oleh Rosyam Nor yang membuatkan aku gelak sakan tengok adegan lawak yang rasanya tak jemu kalau tengok banyak kali.
Sememangnya Mamat Khalid berjaya membuatkan filem tersebut hidup walaupun hanya filem hitam putih sahaja dan dialog serta aksi yang ada dalam filem ini amat menarik dan sesuai dengan filem zaman sekarang…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply