Perkhidmatan wireless free memang ramai yang mengidamkannya supaya dapat menggantikan streamyx,celcom broadband,maxis broadband dan banyak lagi yang rasanya hampeh bagi depa.So bagi penduduk Ipoh semestinya tahu tentang berita tentang tempat-tempat yang boleh korang dapat access wireless dengan free je tanpa perlu bayar..kalau korang bawak laptop la kan.

Baru-baru ni aku dapat la komplen tentang wireless FREE ni yang mana lokasinya adalah di Padang Ipoh yang mana aku rasa tempat yang aku rasa leceh nak bawak laptop untuk melepak bawak laptop..dah la takde tempat yang khusus untuk laptop tu diletakkan..kalau ade bubuh meja ngan kerusi ok la juga..bayangkn masa panas terik atau pun petang la katakan..adakah selesa bagi pengguna wireless yang nak dapatkan perkhidmatan tersebut..kenapa tidak buat secara menyeluruh je satu pekan Ipoh tu..kan ke senang..Mungkin depa nak save dari segi budget la agaknya..

Tapi masa memula perlancaran tu aku test la..dan memang laju la..pakai Jaring lagi tu..huhu..memang kagum la jugak..tapi baru-baru ni la kawan aku nak pegi sana dan test untuk wireless..memang takde katanya..aku pun naik pelik..kenapa depa tutup?Takkan la cepat sangat abih limitnya?Advantage la office-office yang berada di sekitar padang ipoh tu..semoga cepat la jadikan Ipoh ni wireless city yang mempunyai speed yang laju..jangan la baru je 100 user..dah lembab macam dial up…tak guna la buat semua tu..buang duit je…baik kalau nak buat betul-betul buat la yang terbaik..:)