Semasa hendak bermulanya detik 1 Januari 2008 rasanya sudah tentu ramai yang keluar untuk menonton filem atau ramai juga yang membuat wayang sendiri di mana saja anda berada.Hehehe..taktau la pasal apa lately memang banyak sangat cite kat wayang aku tgk.

Mungkin sebab pengaruh rakan-rakan agaknya.Hampir setiap movie baru yang keluar di TGV aku tgk dengan sepuas-sepuasnya walau ade gak cite yang tak best.Tapi tengok gak.So far semua cite yang aku tgk adalah best sangat.Mari aku citekan beberapa movie yang aku tgk baru-baru ini.

National Treasure 2 : Book Of Secret

Bagi aku cite ni memang best..sambungan daripada National Treasure yang pertama tu.Kali ni menyaksikan nama keluarga Gates agak tercemar dengan kehadiran seorang waris daripada keluarga yang mengatakan keluarga Thomas Gates terlibat dalam konspirasi pembunuhan Presiden US pada masa tu.

Banyak la adegan lawak dan best yang aku rasa memang buat aku gelak je..lawak selamber je Nicholas Cage buat..hehe..yang paling best adalah sewaktu mereka menyelesaikan pelbagai teka-teki untuk menemui City Of Gold yang diceritakan ada dalam peta yang mereka cari tu.

Kalau nak kasi bintang bagi movie ni aku kasi 4.5 bintang..

The Golden Compass

Menyaksikan bagaimana kisah yang melibatkan seorang budak kecil yang berada dalam dunia yang mempunyai demon.Setiap orang ada demon masing-masing.Cerita ni sebenarnya bersambung macam cite Lord Of The Ring tu..memang best kalau tgk cite ni..pada permulaan memang agak slow..tapi bile dah sampai part beruang kutub tu lawan..wa..memang macho dan gagah berani nampaknya..

Part paling best aku tgk adalah dan watak yang aku rasa best dalam cite ni adalah Witch tu..namanya ape tah..dh lupa..hehe..tapi memang watak tu akan berlanjutan rasanya sampai ke akhir coz mesti ada related dan kenapa pulak witch tu cari budak tu..erm..

Bape bintang nak kasi bagi movie ni?Disebabkan tak abih lagi citenya..so aku kasi je la 4 bintang.