Kepada pencinta buku sekalian rasanya tak payah la aku dedahkan lagi kat mana nak beli buku ye tak?tentulah di kedai buku bukan?Tapi tahukah korang kat mana nak dapatkan list buku yang terlalu banyak dan korang boleh beli buku dengan beberapa klik saja?

Ok kat sini aku akan dedahkan beberapa laman web yang korang boleh beli buku secara online,mudah dan juga selamat.

Laman yang pertama bagi aku yang terbaik adalah Amazon.com

Bagi sesiapa yang mempunyai kad kredit atau kad debit dan juga akaun Paypal..leh la beli dari sini..aku pun dah mula mencari buku-buku yang diminati seperti buku tentang logo design,color scheme dan sebagainya.Kalau korang nak cari yang terpakai pun ade..bukan setakat buku..DVD,VCD pun ade dijual..tak kira tajuk la.Apa yang aku dapat katakan tentang web ini adalah..two thumbs up..:)

Laman kedua adalah laman auction iaitu tak lain dan tak bukan..Ebay.com

Ebay merupakan salah sebuah laman auction yang paling popular antara semua..bukan takat buku..memacam la yang ade..sampai kan rambut pun ade orang jual..jual orang pun ade tau..hehe..aku pernah la membeli di Ebay.com ni dan nasihat aku bagi sesiapa yang baru nak membeli tu..pastikan No Enjoy Bidder Please!..jangan la sesuka hati plak nak bid kalau korang tak nak beli..tak pasal-pasal je dapat impression buruk dari seller..terutamanya Power Seller kat situ.. Aku pernah beli di Ebay menggunakan duit di Paypal aku..sekarang ni aku nak test beli di Amazon lak.:)

Laman ketiga adalah laman tempatan yang sempat aku cari tadi iaitu e-kedai

Ini plak laman yang rasanya adalah milik Malaysian.Ya..sokonglah barangan buatan Malaysia..hehe.Tgk pada isi kandungan laman ni rasanya banyak buku-buku yang dijual kat sini..Tapi aku takde apa-apa pengalaman kat web ni..so takleh la nak komen panjang-panjang kan?:)

Laman keempat yang rasanya ramai yang tahu adalah MPH 

Kalau korang rasa malas sangat nak pegi keluar untuk cari buku tu..rasanya baik beli je secara online.Mudah dan cepat je kan?So far kalau korang tak berani membeli secara online ni leh la pegi terus ke kedai buku tu..ambil dan beli.Kalau rasa tak berani keluar duit secara online.Tapi bagi aku..takde ape nak ditakutkan selagi kita follow langkah yang betul dan juga selidik dulu seller tu..:)