Hanya beberapa jam lagi waktu dan tahun 2007 akan meninggalkan kita semua.So adakah semua impian di tahun 2007 sudah terlaksana dan tercapai serta apakah azam 2007 masih belum lagi dicapai atau akan dibawa ke tahun berikutnya?hehehe..
Bagi aku,tahun 2007 banyak la gak mengajar aku dan juga kesemua azam bagi tahun 2007 dah pun tercapai..aku nakkan blog dot com aku sendiri dan juga sudah verified Paypal serta aku juga sudah ade produk sendiri dan juga aku sudah mempunyai online business sendiri iaitu menyediakan perkhidmatan design banner,logo,header untuk website.Walau tak berapa berjaya tapi aku tau.banyak lagi kena aku belajar nak jadikan aku ni sorang designer yang berjaya.
Sepanjang tahun 2007 juga aku dapat ramai kawan baru dan juga berjumpa ngan kawan lama.Walaupun sekejap..tapi nak wat macam mana..semuanya sibuk ngan hal memasing kan..hehe.Tak sangka plak penghujung tahun ni jugak ade dapat adik angkat plak sorang..hehe..comel plak tu…dan juga dapat sorang kawan yang amat sweet…hehe..
So bagi tahun 2008 ni plak aku harap banyak la perkara baik akan berlaku dan juga dapatlah kiranya memajukan perniagaan aku ni ke tahap yang lebih lagi..mungkin akan setup satu autoresponder dan memudahkan aku dapat mailing list dan dapatkan pengunjung tetap ke blog.Sekarang dari segi marketing dan SEO untuk blog memang aku lemah bangat…ye la..zero bab-bab SEO ni..nak popularkan blog dan dapatkan returning visitor memang agak susah nampaknya.
Tapi bagi sesiapa yang nak belajar sedikit sebanyak tentang SEO ni leh la dapatkan Ebook FREE ni sekarang juga..download,jangan tak download..
Dapatkan Ebook tersebut di sini dengan PERCUMA
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply